Inspired By The Childhood Story ")

Bismillah,

Assalammualaikum,
 dear my past, present and future.

how are you??????????

the past day, when I walked in front of my kindergarten, it made me remember about that story...... 

                                                           and this my story.
                     
Satu hari, saat kanak-kanak seribena denganku bermain-main warna Steadler dan Stabilo yang agak terkenal saat itu. Di mana kami peroleh warna-warna tersebut?

Semestinya,
Cikgu Siti yang budiman memberi kami merasa peluang mencuba menghubungkan sel-sel otak kami dengan pelbagai warna bak pelangi sehingga ada yang kekuningan gigi, kemerahan pipi, kegincuan bibir dan kelebaman mata.


Apalagi, Cikgu Siti yang budiman menambahkan lagi seri pada pagi itu, sedikit kemerahan dioleh pada tangan sesetengah kami. Namun, aku kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang memperoleh solekan di tangan. Tapi kata ibu ucap Alhamdulillah......hik..


Oh, cerita dia atas sekadar penambah perisa tambahan yang kurang aslinya.
MSG

ini yang asli, hasil turun temurun dari ibu tercinta,
kata ibu jangan berbohong nanti lama-lama mencuri.

baik, aku tak berbohong sekadar  menyedapkan cerita.

Kembali sekali lagi di kelas mewarna, Cikgu Siti mengeluarkan arahan supaya mewarnakan Bunga kebangsaan negara kita iaitu Bunga Raya.

saat itu aku tertanya, bagaimana ya warna bunga Malaysia ini?

oh, bunga warna merah, tangkai warna hijaulah!



hi..hik...
maka, aku mewarna dengan penuh girangnya.


Setelah habis mewarna, Cikgu Siti gemar melihat hasil kerja tangan kami dan pastinya dipuji sehingga lupa diri.

Masing-masing mempamerkan wajah berseri-seri bak pengantin dibelah dua.
Gigi pastinya dipamerkan bak model Colgate!

Nak dipendekkan cerita,

Kami sekumpulan ribena juga gemar menjadi guru melihat hasil tangan rakan-rakan kami, maka kami menjelajah ke setiap pelusuk meja hatta nun jauh di belakang.

Setibanya di sebuah pulau dua orang sahabat lelaki , kami melihat hasil tangan mereka yang berbeda, jauh ketinggalan daripada mentaliti kanak-kanak seusia kami,

Mereka mewarnakan tangkai bunga raya dengan warna coklat!

Maka, terus saja hari itu menjadi sejarah buat dunia kerana digegarkan dengan World New Record, seramai sekelas jumlah pelajar bergelak hilai ketawa mengegarkan dunia.

Kerana melihat keanehan dua orang sahabat lelaki tadi.

Saat ini, aku terfikirkan wajah kanak-kanak tersebut,
Saat aku dewasa,
baru aku mengerti bahawa pemikiran mereka jauh ke hadapan daripada kami.

and how shamed we are?
~..~
"""
 you know how said they are?

until now, i remember their puppy face ;(


so, that is the story.
about a two young boys.
crying, and maybe it was a nightmare for them.

this is the real story.
kisah yang masih aku ingati, dan aku pasti mereka berdua juga pasti lebih mengingati.

sekadar ingatan untuk kita, yang bernama hamba Ilahi.
malah yang digelar ibu bapa dan sahabat.

pesanan kekasih Ilahi, yang takkan aku lupa,
bahawa sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih...
dan ibubapalah yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kehidupannya......

sesuci seorang kanak-kanak yang tak punya dosa, 
jika peristiwa sebegini berlaku kepada kanak -kanak marcapada.

Sebagai ibu bapa, sahabat atau guru,
apa yang harus kita lakukan?


jawapannya ada pada sisi kita, sama ada kita mahu pilih sisi benar atau sebaliknya.

live well or live hell?

you choose :)


kisah ini tampak kecil pada pandangan kita, namun pada kanak-kanak seusia begitu ianya boleh menjadi satu kenangan hitam yang tersimpan di memori otak panjang sehingga boleh menzahirkan rasanya ke pergerakan badan.

ceritera aku, mungkin banyak kepelikan atau keanehan dalam penceritaan.
namun, di sisi aku, setiap peristiwa punya suatu hikmah dan sejuta rahsia.
kerna itu aku bercerita sahaja.

Hikmahnya dari Si Dia, Sang Pencipta Yang Dirindui.....


Wallahuallam.
Moga Diberkati-Nya 

Comments

Popular posts from this blog

letak gambar dalam fb,blog,atau video? fatimah syarha PUNYA JAWAPANNYA...

yawn..yo!!!!