Posts

Showing posts from April, 2011
Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ALAM MAYA VS ALAM REALITI

Image
  Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi. Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian. Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan. Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai. Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan.. Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya. Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya. Sedar t

alhamdulillah,barakallah!!!

Bismillahirrahmanirahim... Assalammualaikum...alhamdulillah pulang juga hajar ke rumah setelah dua minggu berada di asrama.Rasa macam setahun tak balik he... padahal setahun pun tak pernah rasa sebenarnya hajar rasa gementar nak present oral depan kelas,so, hajar berdoa sangat-sangat agar Allah berikan hajar kekuatan untuk berada di hadapan,insyallah,amin... sebenar-benarnya hajar rasa tak sedap hati melihat kaum muslimah hari ini,rasa nak masak jer hati ni supaya jadi lebih sedap,sebab hajar melihat mereka tatkala melihat ajnabi(lelaki) yang rupa parasnya sedap mata memandang menjadi terkinja-kinja seperti melihat artis popular datang kepada mereka,entahkan kenapa seperti mereka tertawan dengan hakikat wajahnya tanpa memerhati hati ajnabi itu   entahlah,susah untuk hajar katakan... mungkin mereka tidak dapat melihat lagi bahawasanya wajah yang tampan itu hak abadi si dia yang maha esa,yang hanya pinjaman sahaja buat kita yang hina...tapi ucapkanlah SUBHANALLAH tatkala kau meliha

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! YEAH....

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini entahlah tak tahu ape yg nak ditulis, tapi semakin meningkat usia kita, semakin kita dekat dgn kematian,hari lahir mengingatkan aku mengenai kematian,tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku dah bersedia ke belum??? tapi trimas kpd sesipa yg wish aku walaupun tak ramai pun ger..... kdg telinga ni gatal gak nak dengar org lain wish haha..<3 BIRTHDAY HAJAR(= 15041997,HARI JUMAAT HARI TUH...HARI BARAKAH,INSYALLAH CORETAN HAJAR,assalammualaikum...

mataku milikmu...

Image
" You have beautiful eyes "   Perasaan cemas menghantui apabila mendengar sapaan berbaur ' flirting' nada melankolik daripada pemuda  Arab tersebut. Kulihat keadaan sekeliling sambil mempercepat langkah,  menoleh ke belakang setiap satu minit bagi memastikan diriku selamat dan tidak dikejar pemuda Arab itu tadi. Sungguh menakutkan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan penuh kesempurnaan, keindahan dan keajaiban. Teringat sebuah doa yang diajar Nabi untuk dibacakan apabila mendengar pujian daripada insan bergelar manusia. اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون واجعلني خيراً مما يظنون " Ya Allah janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dan jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. " (Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58) Bersyukur sungguh kerana Allah menginga